13 Jul 2011

Bahagia - Cerita Mereka

Semalam aku ada terbaca sebuah entri daripada blog fevret aku. sila rujuk Home Improvement 31

Membuat aku cukup tersentuh tambahan lagi bila beliau ada menyebut sedikit pasal pompuan tu. "that chick in Styrofoam"
Aku tahu siapa yang beliau maksudkan.

Itu Blake Hazard.

Dan aku tak ingin kupas di sini kenapa, kamu cari lah sendiri.

Aku dengar lagu ini berkali-kali, entah kali ini untuk ke berapa kali.




“When you write about relationships, you can’t do it halfway,”  



Aku tak rasa lagu sebegini boleh dicipta tanpa dua hati seperti mereka. Seperti Mates of State. Sebati.





6 Jul 2011

Posrok Bukan Musik

" Amik hang ! Padan muka, kan dia dah kapel dengan orang lain. Frust tertonggeng laa hang nampaknya... " sound member aku tanpa membuat sebarang perkiraan atau mengambil kira apa nombor yang sedang berkira-kira di dalam hati dan jiwa aku sekarang ni.

Aku tengok dia atas bawah atas bawah. Memang spoil betul laa sidang petang aku yang postrock harini. Aku terpaksa secara spontan betulkan posisi duduk aku, aku sandarkan badan ke kerusi sedap kopitiam ni, gaya bukak dada skit (bukan menampilkan buah dada ok!), kaki kanan atas peha kiri sambil tergedik-gedik pergerakannya.

Aku balas bersahaja tanpa sebarang mood, " Aku kisah apa. Kecewa tu memang makanan aku beb.."

Hmmm makanan yang pahit.

Aku diam, dalam kepala aku teringat kata-kata dari seseorang yang aku tak pernah amik tau.
“Patience is bitter, but it bears sweet fruit.”

Dari dulu aku suka pahit. Masa sekolah, 2 sudu penuh aku bantai nescafe untuk segelas nescafe 0 sebagai minuman asasi.
Sekarang bila dah kerja, dah berduit skit, layan double espresso laa pula.
Nasib baik aku tak halalkan alkohol ke tekak aku. Kalau tidak, bir hitam semestinya fevret.

Lagi pahit, lagi kuat. Dia punya enerji, macam uranium.

Begitulah hidup. Pengalaman pahit membuat manusia bertambah kuat.

Pahit itu art!

Meja aku lepak tu betul-betul sebelah partisen/dinding cermin yang memisahkan dengan bahagian ruang dalam kopitiam tu.
Aku pandang cermin tu. Aku pandang aku. Aku tentang mata aku sendiri. Sekejap aku kecikkan mata aku, sekejap aku jegilkan mata. Aku cuba senyum manis, kemudian aku senyum nampak gigi. Kemudian buat muka sedih, masam, marah, dan muka alien gigit predator seperti dalam filem.
Last sekali aku jelir ledih (mungkin gaya sedikit gedik.. dik.. dik...)

Dan aku tersenyum puas.
Aku berpuas hati sebab muka aku masih belum menampakkan sebarang luka-luka yang ketara, apatah lagi parut kekal.


kata Palahniuk, "I don't want to die without any scars.".


Begitu juga aku.


Percayalah pada takdir.

Kalau dah takdir mati bersama, tak kira la korang tidur dengan siapa, kahwin dengan siapa, beranak dengan siapa, cerai dengan siapa pun. Yang penting 'ending' dia tu...

Qada' dan Qadar beb...

Anda muslim kan?


"woi! ko pehal layan peha amoi dari tadi!" sergah aku kat member aku yang kurang straight ni...


bersambung...

3 Jul 2011

Penggubahan Diri II?

Cerita lama atau cerita baru. Masih ada yang belum terpadam, atau tak ingin dipadam.
Masing-masing punya cara tersendiri. Kita tak pernah sama.
Gembira atau bersedih, halatuju 'ruang sempit' tetap punya ruang-ruang tak ternilai atau tak dinilai yang tersendiri, yang tak ternampak oleh diri sendiri. Pasti dirasai.

Hidup ini tetap satu perjudian,
aku kalah, aku pasti akan membalas. aku juga ada nafsu. ada 'feel'.

Hidup susah, jangan sesekali tunjuk susah. Itu kesenangan.

Setiap hari, jangan lupa senyum dan tawa. walaupun palsu.
Kita manusia. :)

Aku tahu, kamu juga selalu begini, menipu!

Masa sekarang, belum masanya. Sebarang perubahan untuk berlaku. hidup, atau diri.
Sabar bro!

Penggubahan diri? heh!

"Some of the worst mistakes in my life were haircuts" — Jim Morrison

Rambut aku dah mula panjang balik.. keh keh keh

11 Mei 2011

Bahagia

Susah sangat ke dalam satu hari tengok cermin dan senyum dan cakap,
 "Ya awak, saya sayang sangat kat awak"

Keluar rumah sambil tersenyum-senyum...

sungguh tak susah... kan?

29 Mac 2011

Penggubahan Diri

Pagi tadi, macam biasa, selepas berjam-jam mandi  cincai-cincai…
Ya, cincai-cincai pun berejam, ada masalah ke?

Macam biasa aku melepak depan cermin, bukan apa, sekadar motivasi pagi.- cermin diri.
Aku membelek-belek rambut aku yang makin panjang, terasa rimas sangat-sangat bila dah panjang semacam macam ni. 
Tapi orang lain cakap rambut aku kalau biar panjang nampak cantik.
Cantik? Hmmm.. cantik tu subjektif bunyinya. Ah peduli apa aku, yang aku tau aku rimas dan aku nak potong pendek. 
Dan kemas. Kemas-pendek. Baru nampak seksi…  kan? kemas-pendek-seksi... fuuuhh!
Seksi? Ya, seks-i...

Ermm aku terloading lama skit dekat perkataan seksi tu sambil menilik muka aku kat cermin.

Kalau cukur kening pun seksi…

Kalau cucuk botok skit kat pipi aku ni pun nampak seksi…

Ermm… seksi…

Aisshh… aku rasa kurang satu macam jek tak kena.
Bila aku fikir-fikir balik. Aku tak jadi nak potong rambut.  Rimas tak rimas dah belakang kira.

Dah elok-elok rambut panjang, tak baik ubah kejadian Tuhan. 

Berdosa besar tau tak?